1.0
Tajuk
“Hit The Balls”
2.0
Matlamat
Matlamat
aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap konsep permainan
kategori pukulan dan pemadang melalui
permainan kanak-kanak yang telah direka.
3.0
Objektif
Pada akhir ujian amali ini, calon dapat :
1.
Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.
2.
Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri seperti toleransi dan nilai bekerjasama
dalam satu pasukan.
3.
Meningkatkan kefahaman tentang corak permainan yang jauh dan pelbagai arah.
4.
Menimba ilmu dan berpeluang untuk mengelolakan permainan kanak-kanak.
5.
Meningkatkan kefahaman tentang taktik dan strategi dalam permainan.
4.0
Panduan Pelaksanaan Permainan
4.1 Senarai Jenis Alatan
BIL.
|
ALATAN/ GAMBAR
|
1.
|
Kayu Pemukul
|
2.
|
Bola Kertas
|
3.
|
Skitel/Kon
|
4.
|
Bakul
|
5.
|
Kotak beracun
|
6.
|
Gelung
|
7.
|
Papan Markah
|
8.
|
Kain
|
4.2 Prosedur Pelaksanaan
1.
Terdapat 2 kumpulan iaitu
kumpulan pemukul dan kumpulan pemadang. Setiap kumpulan terdiri daripada 5
orang ahli.
2.
Pusingan pertama, kumpulan
pemukul berada di dalam kawasan masing-masing. Ahli kumpulan pemukul yang
berada di posisi membaling akan membaling bola kepada ahli yang berada di
posisi memukul.
3.
Pemukul akan memukul bola
sejauh yang mungkin dan berlari membawa pundi kacang kepada pemain ke-2,
seterusnya pemain ke-2 berlari membawa pundi kacang kepada pemain ke-3 dan
seterusnya sehingga pemain ke-4 berjaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul
yang disediakan.
4.
2 markah akan diberikan jika
Berjaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul.
5.
Sementara ahli kumpulan
pemadang akan berada di kawasan masing-masing
6.
Ahli kumpulan pemadang cuba
menagkap bola kertas dan membaling bola itu kepada ahli kumpulannya sehingga
bola Berjaya dimasukkan ke dalam “kotak beracun”.
7.
Markah kumpulan pemukul akan
ditolak 1 mata bagi sebiji bola jika kumpulan pemadang Berjaya memasukkan bola
ke dalam bakul.
8.
Larian kumpulan pemukul akan
terbatal sekiranya kumpulan pemadang berjaya memasukkan bola ke dalam kotak
beracun sebanyak 3 biji.
9.
Permainan akan tamat selepas
4 minit bagi satu pusingan.
4.3
Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan
4.4
Peraturan dan Syarat-syarat Permainan
1. Permainan terbahagi kepada 2 pusingan
2. Tempoh permainan bagi setiap pusingan ialah 4
minit
3. Ahli kumpulan pemadang dibahagikan kepada 3
kawasan, kawasan A (kawasan penyambut bola), B (kawasan pemadang) dan C
(kawasan jaringan pemadang)
4. Kesemua pemain hanya boleh bergerak di dalam
zon mereka yang telah ditetapkan sahaja. Namun bagi ahli kumpulan pemadang,
dibenarkan untuk bergerak ke kawasan terhampir dengan mereka untuk mengambil
bola yang telah jatuh.
5. Bola di baling hanya dari paras bahu ke
pinggang sahaja.